Di Tamtam Burger, Rasa Sedap Itu Datang Bersama Rasa Yakin
Dari keenakan setiap gigitan burger kami hingga ke pemilihan bahan mentah Halal, kebersihan restoran, layanan mesra kru kami, dan sokongan terhadap komuniti setempat — segalanya diusahakan untuk memberi pengalaman yang buat anda dan seisi keluarga rasa selesa, yakin dan puas hati.
Tamtam Burger – Rasa Sedap, Rasa Yakin, Rasa Gembira.
Di Tamtam Burger, setiap hidangan disediakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Kami percaya bahawa makanan bukan sekadar untuk mengenyangkan, tetapi juga mencerminkan nilai, etika dan keikhlasan penyediaannya.
Kami hanya menggunakan bahan mentah yang Halal, segar dan berkualiti tinggi daripada pembekal Muslim yang dipercayai. Patty kami dihasilkan di fasiliti bertauliah, disimpan dengan betul, dan dimasak oleh kru Muslim yang telah menjalani latihan pengendalian makanan serta suntikan tifoid seperti disyaratkan oleh pihak berkuasa kesihatan.
Setiap proses — daripada dapur, ke meja, hingga ke senyuman pelanggan — dipandu oleh prinsip kebersihan, layanan baik, dan cita rasa yang konsisten.
Di Tamtam Burger, kami bukan sekadar menyajikan burger – kami mencipta suasana yang buat anda rasa seperti di rumah sendiri.
Setiap cawangan kami dibina dengan elemen keselesaan, kebersihan dan layanan kru yang mesra serta berakhlak, sesuai untuk keluarga dan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat.
Kru kami terdiri daripada individu Muslim yang berdedikasi, berintegriti dan dilatih untuk mengutamakan kualiti, layanan sopan serta menjaga nilai Halal dalam setiap tugasan.
Di sinilah tempat rasa puas hati bermula – bukan hanya kerana makanannya, tetapi kerana siapa yang menyambut anda.
KUALA LUMPUR – Berbekalkan modal perniagaan tidak melebihi RM100, perkhidmatan penghantaran burger dalam talian, Burger Online Delivery (BOD) mampu menjana pendapatan sampingan sehingga RM80 sehari.
Pengasasnya, Siti Nor Syamila Othman berkata, menyedari kebanyakan pelanggan lebih gemar memesan makanan menerusi sistem penghantaran terus ke rumah, beliau dan suaminya, Mohd. Fairose Al-Mubarek bertindak memulakan perniagaan yang hanya bermodalkan kos minyak motosikal serta bahan-bahan membuat burger.
“Pelanggan yang berminat hanya perlu menelefon kami atau melayari laman web www.hantar.weebly.com bagi mengetahui menu yang ada serta membuat pesanan.
“Seterusnya, kami akan menghantar pesanan yang dibuat tanpa caj penghantaran serta tiada had minimum bagi kuantiti makanan yang dipesan,” katanya ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Siti Nor Syamila merupakan salah seorang daripada pemenang Cabaran Gigih AIM.
Bagi usahawan yang berminat untuk menjadi proteje Siti Nor Syamila, boleh menghubungi beliau di talian 010-XXXXXXX
Dari Usaha Kecil ke Jenama Rakyat
Pada tahun 2012, En. Tamtam bersama isteri beliau, Puan Siti Nor Syamila, memulakan perniagaan Burger Online Delivery (BOD) hanya dengan modal kecil dan semangat yang besar. Ketika itu, mereka menjalankan operasi secara manual — mempromosi melalui media sosial, mencetak flyers, dan menghantar sendiri burger dari pintu ke pintu.
Model perniagaan ini kemudiannya mencuri perhatian apabila mereka dicalonkan dalam pertandingan "Idea Gigih Usahawan" anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan berjaya membawa pulang gelaran Model Bisnes Terbaik Malaysia 2012.